Friday, October 22, 2010

Petua membeli peralatan senaman


Jenama tidak penting untuk kita membeli apa2 alat senaman pun seperti treadmill, exercise bike, etc.. Tapi yang penting adalah :

MADE IN U.S.A..

Bukan design in U.S.A atau assemble in U.S.A.
mesti mau MADE IN U.S.A.
2nd best is from Germany..
kalau setakat nk pakai 2-3kali pastu jahanam, maka boleh la beli yg MADE IN TAIWAN punya.Bezanya made in U.S.A atau Germany atau Taiwan, adalah kualiti material dan ketahanan untuk penggunaan maksimum. Jadilah pengguna yang bijak.

SAUNA



Sauna berasal dari perkataan Finland yg bermaksud sebuah bilik yg di percikkan air ke atas batu supaya menghasilkan wap dan steam..
sama juga dgn mandian wap..
ia bertujuan untuk pencegahan, penyembuhan dan pembersihan..
apa yg berlaku di dalam badan semasa proses sauna dijalankan adalah :

-liang2 pada kulit badan akan terbuka semasa berpeluh dan toxin atau bendasing dlm badan akan dikeluarkan..
-kadar metabolisma dan denyutan nadi bertambah...
-saluran darah menjadi lebih flexible..
-dapat merehatkan minda dan release tension..
-membantu merehatkan otot badan selepas senaman fizikal..
-mengurangkan kandungan sodium dalam badan

namun, terdapat juga pantang larang semasa sauna :

-jgn minum alcohol, perjalanan darah akan bertambah perlahan..
-older people tidak digalakkan berada di dalam sauna dalam tempoh yg lama..
-jgn makan semasa di dalam sauna..
-jika anda berasa pening kepala atau susah bernafas, segera keluar dari sauna..

kepada mereka2 yg mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi atau rendah,
wanita yg sedang sarat mengandung, dapatkan nasihat doctor dahulu sebelum ke sauna.

p/s : Sauna sebenarnya tidak dapat memecahkan lemak. Itu semua mitos semata. Tanpa pergerakan, lemak tidak akan pecah dengan sendirinya.

MULTIVITAMIN & MINERAL

Sebagai seorang parent (lebih2 lg ibu), kita hendaklah prihatin ttg pemakanan family dan anak2. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui ttg nutrisi yg terdapat di dalam makanan untuk membentuk generasi yg sihat. Jika kita lihat di europe dan US, para ibu amat menitik berat ttg nutrisi untuk anak2 mereka. Ini saya buat research sendiri taw. Takde kopipes dari mana2.

VITAMIN A (Retinol)
-membantu mengekalkan daya penglihatan dan mata dalam keadaan baik..
-diperlukan untuk membantu tumbesaran dan pembesaran tulang selain kalsium..

VITAMIN B1 (Thiamine)
-merupakan sebahagian daripada enzim mustahak untuk penghasilan tenaga dan menambah m'etabolisma melalui karbohidrat.

VITAMIN B2 (Riboflavin)
-membantu menukarkan makanan kepada tenaga..
-melancarkan perjalanan dan formasi sel darah merah..

VITAMIN B3 (Niacinamide)
-juga menolong dalam menaikkan kadar m'etabolisma menerusi karbohidrat..
-bagus untuk mengawal gula di dalam darah sekaligus menurunkan kadar kolestrol..

VITAMIN B6 (Pyridoxine)
-menolong otak berfungsi dgn baik dan menolong badan menukarkan protein kepada tenaga..
-melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung..

VITAMIN B12 (Cynacobalamin)
-dapat mengurangkan nervous
-membantu dalam membentuk tumbesaran yg sempurna..
-menyahkan asid berlemak di dalam badan..

VITAMIN C
-membaiki dan menyambung tisu2 di dalam badan..
-merupakan antioksida yg baik..
-meningkatkan imunisasi/daya tahan badan..
-dapat menyembuhkan luka dgn cepat..
-melancarkan urinari dan mengurangkan risiko penyakit buah pinggang...

VITAMIN D
-membantu dan mengaktifkan kalsium dalam membentuk tulang dan gigi yg kuat..

VITAMIN E
-menstabilkan gula dan glukosa di dalam badan..
-mengurangkan risiko penyakit jantung dan strokes (angin ahmar)..
-menambah hormon bagi kaum wanita sekaligus melambatkan tempoh menopos..

IRON
-membantu melancarkan proses hemoglobin supaya menambah sel darah merah..
-menambah oksigen di dalam otot (muscle) semasa senaman terutama semasa senaman cardio..
-mengaktifkan protein untuk membawa masuk oksigen ke dalam badan..

ZINC
-mengaktifkan sel darah putih untuk melawan segala jenis jangkitan..
-bagus untuk daya ingatan/memori dan membantu kanak2 dan remaja mendapat keputusan yg baik di sekolah..
-lelaki memerlukan zinc untuk menambah penghasilan sperma dan menjaga kelenjar prostat berada dlm keadaan sihat...

SELENIUM
-membantu melawan cancer

CHROMIUM
-mengawal insulin dan menurunkan tekanan darah..
-menstabilkan kadar cholestrol yg baik di dalam badan..
-juga dikenali sebagai 'diabetes fighter'..

VANADIUM
-mengurangkan risiko darah tinggi dan mengurangkan kadar gula di dalam badan..

MANGANESE
-membantu mengurangkan risiko osteoporosis..
-berfungsi seperti minyak untuk melancarkan geseran antara penyambung tulang dan otot..

POTASSIUM
-mengurangkan tension dan stress..
-menukarkan air di dalam badan kepada ions positif..

COPPER
-membantu menguatkan badan secara menyeluruh..
-penting dalam mengekalkan kulit yg cantik dan rambut yg tidak beruban..
-menstabilkan sistem kardiovaskular badan..


//hakcipta terpelihara - Revolt 2010

SUSHI



Nak cerita sikit pasal kebaikan sushi untuk diet..

-sekeping seaweed yg digunakan untuk membalut sushi (org jepun panggil Nori) adalah tinggi dalam vitamin A, B-Complex, Niasin dan vitamin C.. Ia juga bagus untuk sistem penghadaman..

-walaupun beras sushi tidak sebagus brown rice utk diet, tapi beras sushi still rendah lemak dan rendah sodium sbb dicampur dengan cuka..

-ikan dan daging yg digunakan untuk sushi kebanyakannya mentah dan rendah kolestrol..

-bahan perasa yg dihidang bersama sushi juga mempunyai kebaikan untuk kesihatan..

-wasabi dapat membunuh bakteria yg terdapat di dalam daging atau ikan yg dihidangkan bersama.. (ada lg benefit wasabi ni utk diet, nnt saya cerita)..


kesimpulannya, sushi adalah fast food yang baik.. but still, akan menjadi mudarat kalau terlebih makan..

PRODUCT OF THE DAY


Pernah tengok product kat atas ni?
ini namenye Chocolate Spread.. sebuah produk dari Italy..
saya cadangkan sapu dgn roti sebagai menu untuk sarapan pagi..
rasa jgn cakap la.. sedap yarabbi...
supermarket di malaysia dah banyak jual product ni..

kebaikan product ini?
mempunyai kandungan nutrien yang lengkap dan baik untuk diet sarapan seperti :

  • minyak sayuran
  • susu skim (lebih baik dari susu biasa.. tanpa lemak)
  • fat-free cocoa
  • hazelnut (kacang yg hampir sama zat dgn badam)
  • lactose dan soya

Bagi product2 ini yg dijual di pasaran spain dan UK, mereka menambah sedikit whey protein di dalam kandungannya..

Telur dan diet


Telur dan diet adalah sangat sinonim..
tak kira la apa jenis diet pun, mesti ada telur..
sebenarnya, kalori yg terdapat dalam sebiji telur adalah berbeza mengikut jenis masakan..
ok kat bawah ni nilai kalori utk sebiji telur bersaiz gred B :
  • telur mentah : 65.9 kcal
  • telur separuh masak : 71 kcal
  • telur rebus : 75 kcal
  • telur goreng : 91 kcal
  • putih telur sahaja : 15.5 kcal
  •  
    so.. the choice is in your hands..

    p/s : kcal (kilocalorie) adalah bacaan untuk kalori..

    Petua diet

    Breakfast mcm orang kaya, lunch mcm orang biasa, dinner mcm orang miskin.

    Lu pikir la sendiri.

    Crunch exercise

    Sambil2 kita baring tengok TV, apa kata kita manfaatkan sepenuhnya waktu terluang itu..
    sit-up dan crunch adalah hampir sama dari segi teorinya.. cuma sit-up lebih menyiksakan dan lebih senang mendapat sakit pada bahagian pinggang dan lower back.. sit-up memerlukan kita untuk mengangkat kepala sehingga badan hampir mencapai lutut (yg telah dibengkokkan seperti rajah crunch dibawah) dan seluruh badan naik sepenuhnya ke atas tidak mencecah lantai.. manakala crunch hanya memerlukan kita mengangkat badan separuh sahaja maka lower back kita masih berada di lantai..








    "I've made 3000 crunches almost everyday to achieve these abs" - Cristiano Ronaldo

    LAWAK DIET

    Seorang mamat yang gemuk masuk ke
    fitness center utk menguruskan badan..
    seorg lelaki di kaunter bertanya kepada
    mamat tadi,"kami menawarkan 2 program
    disini... RM50 utk versi 'biasa' dan
    RM100 utk versi 'cepat'."

    mamat tu pon berkata, "saya ingat yang
    biasa lah sbb saya ni baru nak try
    kuruskan badan."

    " ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di
    penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

    mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan
    menutupnya. selang 2 minit kemudian,
    seorang wanita cantik, lawa, body best,
    mantap masuk ke dalam bilik itu. dia
    kemudian menanggalkan pakaiannya
    sehingga menyebabkan mamat tu tak senang
    duduk,berpeluh.
    perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat
    tangkap saya, tuan boleh buat apa saja
    dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus
    berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun
    kejar la.. kejar punya kejar samapai 10
    minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu
    kejar lagi sampai terjatuh terjelepok
    lalu pengsan.

    apabila dia sedar, dia bangun dan terus
    ke penimbang dan mendapati beratnya dah
    turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun
    berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar
    RM50 td" katanya seorang diri.

    keesokkan harinya dia datang semula ke
    tmpt tersebut. dia ditegur oleh pemuda
    di kaunter. setelah diberi penerangan
    seperti semalam.. mamat tadi memilih utk
    mencuba versi 'cepat' pula.

    "baiklah, encik masuk bilik no. 6 di
    situ ya.."kata penjaga kaunter.

    setelah beberapa minit didalam bilik
    itu, datangla seorang body builder yang
    badannya tough dan terus melondehkan
    pakainnya. body builder itu berkata
    "saya akan kejar kamu dalam bilik ini,
    dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"

    Secret : 3 days diet

    Ini adalah rahsia plan yang saya simpan untuk berdiet dengan unggul.
    Anda boleh turun 2-4 kilo dalam 3 hari sahaja. Bergantung pada tahap metabolisma masing2..

    Diet ini bertujuan untuk :
    -kurangkan berat
    -detoxification (membuang toxin merbahaya dalam badan)
    -mengurangkan selera makan (supaya tidak terasa cepat lapar dan tidak mengambil makanan dgn banyak)
    -membantu mengekalkan awet muda dgn mempunyai badan yg ringan dan lansing.

    Namun terdapat syarat2 ketika plan diet ini dijalankan.. antaranya :

    -Plan ini hanya boleh diamalkan dalam tempoh 3 hari sahaja. Jangan lebih. Jika ingin sambung lagi, mulakan pada bulan seterusnya atau 2 minggu selepas.
    -Minum air kosong sekurang2nya 2-3 botol besar air setiap hari sepanjang tempoh plan ini..
    -Jangan buat sebarang senaman sepanjang plan. Tetapi digalakkan bersenam sejurus selepas plan habis (pada hari ke 4). Anda akan merasai perbezaan dengan badan yang ringan dan berpeluh dgn bnyk.
    -Ikut jadual dgn betul untuk mendapatkan hasil yg sempurna. Jangan curi2 makan walaupun sebiji gula2.

    Walaubagaimanapun, ini adalah permulaan untuk terus berdiet dan bersenam.
    Jika anda dapat lepasi ujian ini, ternyata diet bukanlah perkara yang mustahil bagi anda.

    HARI PERTAMA

    BREAKFAST :

    -Teh 'O / Kopi : setengah cawan
    -Apple : 1 biji kecil
    -Roti (bakar) : 1 keping
    -Peanut butter : 2 sudu makan

    LUNCH :

    -Teh 'O / Kopi (tanpa gula) : setengah cawan
    -Tuna : 100g
    -Roti (bakar) : 1 keping

    DINNER :

    -Ayam rebus/bakar (dada) : setengah ketul
    -Beans : 1 cawan
    -Salad : 100g
    -Apple : 1 biji kecil


    HARI KEDUA

    BREAKFAST :

    -Teh 'O / Kopi : setengah cawan
    -Telur rebus : 1 biji
    -Roti (bakar) : 1 keping
    -Pisang : 1 biji kecil

    LUNCH :

    -Teh 'O / Kopi : setengah cawan
    -Biskut kering : 5 keping
    -Cheese : 5 keping

    DINNER :

    -Frankfurter/sosej ayam : 2 batang
    -Broccoli (steam) : 100g
    -Carrots : 50g
    -Anggur : 5 biji


    HARI KETIGA

    BREAKFAST

    -Teh 'O / Kopi : setengah cawan
    -Telur (rebus) : 1 biji
    -Roti (bakar) : 1 keping

    LUNCH :

    -Teh 'O / Kopi : setengah cawan
    -Biskut kering : 5 keping
    -Cheese : 5 keping
    -Apple : 1 biji kecil

    DINNER :

    -Dada ayam (rebus) : 1 ketul
    -Salad : 100g
    -Honeydew : suku biji


    p/s : Jika terasa badan menggigil kelaparan, itu adalah normal. Cuba atasi dengan meminum air kosong dengan banyak.

    Kiraan BMI (Body Mass Index)

    Berikut adalah kiraan body mass index atau BMI :

    Berat dalam Kilograms
    _________________________________________

    (Tinggi in centimeters) x (Tinggi in centimeters)

    Darabkan jumlah kiraan di atas dgn 10000
    maka result akan terhasil :

    Below 18.5 : Terlampau kurus
    18.5 - 24.9 : Normal dan unggul
    25.0 - 29.9 : Terlebih berat
    30.0 & Above : Obesiti (ringan sikit dari gajah)

    Syarat utama untuk berdiet

    Ini adalah 6 syarat utama untuk berdiet. Kalau syarat simple ni pun anda tak boleh ikut, maka janganlah bermimpi untuk kurus.

    - No nasi lemak.
    - No roti canai.
    - Don't ever skip breakfast.
    - Kurangkan minyak, gula dan garam dalam makanan
    - Makan malam sebelum pukul 8.
    - Kurangkan karbohidrat (nasi/roti/mee)

    Puasa untuk diet?

    for me, puasa tu mmg la bagus.. kita juga memperoleh pahala selain dari menguruskan badan.
    puasa juga boleh membuang toksin merbahaya dalam badan melalui nafas dan air kumuhan..
    terlampau bnyk toksin dlm badan boleh membuatkan kita sukar untuk menurunkan berat badan..
    punca utama kita tidak digalakkan berpuasa berpanjangan semasa diet adalah kerana PUASA BOLEH MERENDAHKAN KADAR METABOLISMA!!
    metabolisma penting untuk proses penurunan berat badan..
    cara2 untuk menaikkan kadar metabolisma adalah dengan makan dengan kerap iaitu sebanyak 5-6 kali sehari tetapi dlm kuantiti yg minima..
    pemakanan yg seimbang juga banyak membantu dalam menaikkan kadar metabolisma..
    jika kita berpuasa, sudah tentulah kita makan pada waktu maghrib atau waktu malam sahaja..
    sesetengah orang yg puasa berpanjangan untuk diet mungkin dapat menurunkan berat badan tetapi berat itu tidak akan berkekalan..
    sekali dia tidak dapat control makan, maka badan akan dipam2 naik sehingga boleh mendapat risiko obesiti..
    berlainan pula dgn mereka yg tinggi kadar metabolismanya kerana makanan yg tidak berzat atau tidak sihat yg diambil akan dibuang oleh metabolisma yg dibentuk..
    mereka yg mudah buang air besar selepas makan makanan yg tidak sihat adalah mereka yg tinggi kadar metabolismanya..

    Sunnah nabi : kunyah sebanyak 44 kali

    Nabi S.A.W pernah berpesan, kalau makan biarlah kunyah sehingga 44 kali..
    so rasa2 u all bole ke ikut mcm tu?
    kebanyakan yg i tgk, kunyah x sampai 5 kali dah telan..
    tapi in my research, mmg betul apa yg nabi pesan tu.. really2 worked for diet..
    kalo kita kunyah makanan sehingga betul2 hancur lumat, ia akan membantu dalam proses penghadaman..
    so if u all makan makanan yg sihat setiap hari pun, tapi x kunyah habis pun x guna juga..
    sbb nutrition dan zat2 dari makanan akan betul2 menyerap ke dalam badan apabila ia dikunyah lumat..
    tapi camne cara yg betul agar kita dapat kunyah dgn betul?
    meh sini abg Revolt nak ajar..

    -makan dengan concentrate.. jgn makan sambil tgk tv atau baca buku.. nnt susah kita nk rasa kenyang sbb fikiran di tempat lain..
    -jangan makan makanan yg terlampau pedas atau panas.. takut nnt kita tak tahan makanan tu berada dalam mulut lantas telan terus..
    -tanamkan dalam fikiran semasa makan yg kita makan ni untuk kurus..

    tapi jika diamalkan, ianya mmg betul2 berkesan..
    mmg ada beza jika kita kunyah ala kadar (atau kunyah dgn bnyk kali secara perlahan2..
    jika kita kunyah dgn bnyk kali secara perlahan2, kita boleh rasa cepat kenyang..
    kalo masih lapar selepas makan, cuba minum air suam dgn banyak..
    ya, air akan menambahkan berat badan sehingga ke 0.5% tetapi jangan risau..
    air yg masuk ke dalam badan akan dehydrate kembali..
    lagipun air adalah zero kalori! nama pun air kosong. so kalori pun kosong la..
    selain itu ia juga boleh membuang toksin dalam badan semasa kita buang air kecil..

    Diet plan 1

    Breakfast :

    -susu segelas/yoghurt
    -oatmeal
    -telur separuh masak 2 biji

    Mid breakfast :

    -apple
    -coffee

    Lunch :

    -bihun sup
    -soya bean
    -jambu batu

    Tea time :

    -prune/dried apricot/kismis
    -biskut kering tanpa lemak
    -teh 'o

    Dinner :

    -salad
    -dada ayam seketul

    Supper :

    -kekacang
    -popcorn

    Menaikkan kadar metabolisma

    Cara2 untuk menaikkan kadar metabolisma adalah dengan makan dengan kerap iaitu sebanyak 5-6 kali sehari tetapi dlm kuantiti yg minima.Disamping itu pemakanan yg kerap dapat mengelakkan kita dari berasa terlalu lapar. Pemakanan yg seimbang juga banyak membantu dalam menaikkan kadar metabolisma. Makanan yg tidak berzat atau tidak sihat yg diambil akan dibuang oleh metabolisma yg dibentuk. Mereka yg mudah buang air besar selepas makan makanan yg tidak sihat adalah mereka yg tinggi kadar metabolismanya.

    Berikut adalah makanan2 yg boleh menaikkan kadar metabolisma dgn lebih berkesan. Ambil sekurang2nya 6 jenis dari 12 jenis makanan2 berikut sehari untuk menjadikan badan anda sebagai fat burning machine.

    1) Almonds and Other Nuts


    2) Beans and Other Legumes


    3) Spinach and Other Green Vegetables


    4) Dairy Products
     












    5) Instant Oatmeal

    6) Eggs

    7) Turkey and Other Lean Meats

    8) Peanut Butter

    9) Olive Oil

    10) Whole-Grain Breads and Cereals

    11) Extra-Protein (Whey) Powder


    12) Raspberries and Other Berries

    Senang je nk ingat. A-B-S-D-I-E-T-P-O-W-E-R

    Hello

    Hi everybody. Pastinya ramai yang mengenali saya dalam arena diet dan fitness di beberapa web dan forum tempatan. Rasanya tak perlulah saya nak menceritakan tentang diri saya lagi. Sebenarnya idea nak buat blog ni datang atas beberapa permintaan. Ramai yang bertanyakan tentang plan diet dan fitness kepada saya melalui email, telefon dan forum. Oleh sebab separuh dari mereka tidak mempunyai akses ke certain forum, jadi saya dirikan sebuah blog untuk tatapan umum. Saya juga mengimport segala penulisan saya di forum2 lain dan compile semuanya di sini untuk rujukan semua. Di blog ini saya akan kongsikan knowledge, experience dan apa sahaja idea berkenaan dengan diet. Pada mulanya saya ingin kongsikan di blog peribadi saya tapi oleh sebab blog tu dah jadi carcamerba penuh dengan isu politik, sukan dan macam2 lagi, so saya mengambil jalan untuk mendirikan sebuah blog baru khusus untuk diet dan fitness. Semoga beroleh manfaat di sini dan happy reading. Cheers~