Friday, October 22, 2010

Secret : 3 days diet

Ini adalah rahsia plan yang saya simpan untuk berdiet dengan unggul.
Anda boleh turun 2-4 kilo dalam 3 hari sahaja. Bergantung pada tahap metabolisma masing2..

Diet ini bertujuan untuk :
-kurangkan berat
-detoxification (membuang toxin merbahaya dalam badan)
-mengurangkan selera makan (supaya tidak terasa cepat lapar dan tidak mengambil makanan dgn banyak)
-membantu mengekalkan awet muda dgn mempunyai badan yg ringan dan lansing.

Namun terdapat syarat2 ketika plan diet ini dijalankan.. antaranya :

-Plan ini hanya boleh diamalkan dalam tempoh 3 hari sahaja. Jangan lebih. Jika ingin sambung lagi, mulakan pada bulan seterusnya atau 2 minggu selepas.
-Minum air kosong sekurang2nya 2-3 botol besar air setiap hari sepanjang tempoh plan ini..
-Jangan buat sebarang senaman sepanjang plan. Tetapi digalakkan bersenam sejurus selepas plan habis (pada hari ke 4). Anda akan merasai perbezaan dengan badan yang ringan dan berpeluh dgn bnyk.
-Ikut jadual dgn betul untuk mendapatkan hasil yg sempurna. Jangan curi2 makan walaupun sebiji gula2.

Walaubagaimanapun, ini adalah permulaan untuk terus berdiet dan bersenam.
Jika anda dapat lepasi ujian ini, ternyata diet bukanlah perkara yang mustahil bagi anda.

HARI PERTAMA

BREAKFAST :

-Teh 'O / Kopi : setengah cawan
-Apple : 1 biji kecil
-Roti (bakar) : 1 keping
-Peanut butter : 2 sudu makan

LUNCH :

-Teh 'O / Kopi (tanpa gula) : setengah cawan
-Tuna : 100g
-Roti (bakar) : 1 keping

DINNER :

-Ayam rebus/bakar (dada) : setengah ketul
-Beans : 1 cawan
-Salad : 100g
-Apple : 1 biji kecil


HARI KEDUA

BREAKFAST :

-Teh 'O / Kopi : setengah cawan
-Telur rebus : 1 biji
-Roti (bakar) : 1 keping
-Pisang : 1 biji kecil

LUNCH :

-Teh 'O / Kopi : setengah cawan
-Biskut kering : 5 keping
-Cheese : 5 keping

DINNER :

-Frankfurter/sosej ayam : 2 batang
-Broccoli (steam) : 100g
-Carrots : 50g
-Anggur : 5 biji


HARI KETIGA

BREAKFAST

-Teh 'O / Kopi : setengah cawan
-Telur (rebus) : 1 biji
-Roti (bakar) : 1 keping

LUNCH :

-Teh 'O / Kopi : setengah cawan
-Biskut kering : 5 keping
-Cheese : 5 keping
-Apple : 1 biji kecil

DINNER :

-Dada ayam (rebus) : 1 ketul
-Salad : 100g
-Honeydew : suku biji


p/s : Jika terasa badan menggigil kelaparan, itu adalah normal. Cuba atasi dengan meminum air kosong dengan banyak.

No comments:

Post a Comment