Friday, October 22, 2010

MULTIVITAMIN & MINERAL

Sebagai seorang parent (lebih2 lg ibu), kita hendaklah prihatin ttg pemakanan family dan anak2. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui ttg nutrisi yg terdapat di dalam makanan untuk membentuk generasi yg sihat. Jika kita lihat di europe dan US, para ibu amat menitik berat ttg nutrisi untuk anak2 mereka. Ini saya buat research sendiri taw. Takde kopipes dari mana2.

VITAMIN A (Retinol)
-membantu mengekalkan daya penglihatan dan mata dalam keadaan baik..
-diperlukan untuk membantu tumbesaran dan pembesaran tulang selain kalsium..

VITAMIN B1 (Thiamine)
-merupakan sebahagian daripada enzim mustahak untuk penghasilan tenaga dan menambah m'etabolisma melalui karbohidrat.

VITAMIN B2 (Riboflavin)
-membantu menukarkan makanan kepada tenaga..
-melancarkan perjalanan dan formasi sel darah merah..

VITAMIN B3 (Niacinamide)
-juga menolong dalam menaikkan kadar m'etabolisma menerusi karbohidrat..
-bagus untuk mengawal gula di dalam darah sekaligus menurunkan kadar kolestrol..

VITAMIN B6 (Pyridoxine)
-menolong otak berfungsi dgn baik dan menolong badan menukarkan protein kepada tenaga..
-melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung..

VITAMIN B12 (Cynacobalamin)
-dapat mengurangkan nervous
-membantu dalam membentuk tumbesaran yg sempurna..
-menyahkan asid berlemak di dalam badan..

VITAMIN C
-membaiki dan menyambung tisu2 di dalam badan..
-merupakan antioksida yg baik..
-meningkatkan imunisasi/daya tahan badan..
-dapat menyembuhkan luka dgn cepat..
-melancarkan urinari dan mengurangkan risiko penyakit buah pinggang...

VITAMIN D
-membantu dan mengaktifkan kalsium dalam membentuk tulang dan gigi yg kuat..

VITAMIN E
-menstabilkan gula dan glukosa di dalam badan..
-mengurangkan risiko penyakit jantung dan strokes (angin ahmar)..
-menambah hormon bagi kaum wanita sekaligus melambatkan tempoh menopos..

IRON
-membantu melancarkan proses hemoglobin supaya menambah sel darah merah..
-menambah oksigen di dalam otot (muscle) semasa senaman terutama semasa senaman cardio..
-mengaktifkan protein untuk membawa masuk oksigen ke dalam badan..

ZINC
-mengaktifkan sel darah putih untuk melawan segala jenis jangkitan..
-bagus untuk daya ingatan/memori dan membantu kanak2 dan remaja mendapat keputusan yg baik di sekolah..
-lelaki memerlukan zinc untuk menambah penghasilan sperma dan menjaga kelenjar prostat berada dlm keadaan sihat...

SELENIUM
-membantu melawan cancer

CHROMIUM
-mengawal insulin dan menurunkan tekanan darah..
-menstabilkan kadar cholestrol yg baik di dalam badan..
-juga dikenali sebagai 'diabetes fighter'..

VANADIUM
-mengurangkan risiko darah tinggi dan mengurangkan kadar gula di dalam badan..

MANGANESE
-membantu mengurangkan risiko osteoporosis..
-berfungsi seperti minyak untuk melancarkan geseran antara penyambung tulang dan otot..

POTASSIUM
-mengurangkan tension dan stress..
-menukarkan air di dalam badan kepada ions positif..

COPPER
-membantu menguatkan badan secara menyeluruh..
-penting dalam mengekalkan kulit yg cantik dan rambut yg tidak beruban..
-menstabilkan sistem kardiovaskular badan..


//hakcipta terpelihara - Revolt 2010

No comments:

Post a Comment